Subscribe:

26 October 2011

Assalamualaikum...

Jersey dan Bola Sepak.
Baru beli Jersey ni sebenarnyer.
Hihi.. =P

muke mintak penampo! sape berani nak bgkan?

wajah lebih insani.

Gambar kurang berkualiti.. Aku rindu hp sony aku!!
Warghhhh!!! adik ejat!! bak balik hp sony along!!!! (buruk siku)

p/s: semalam lalu dekat Brickfield, ade bazar deepavali kat sana, tetibe nampak baju yg tulis "No Money, No Honey" okay.. FINE! mentality manusia berubah2~~ (ape aku merepek? abaikan!).

24 October 2011

Assalamualaiukum...

cus: i'm looking something for newborn 'babi'
pro: erm.. what?
cus: something for newborn 'babi'
pro: errr.. okay, let me show u.

siyesly, i oso fail in english. lintang-pukang dowh! grammar always failed lah! but at least i noe how to pronounce baby in english. its bey-bi not ba-bi or kalau susah sgt, sebut jelah bayi! tak payah nak slank mat salleh sgt lah weyh! kau mesti tak dengar lagu Justin Bieber kan? ciet!

22 October 2011

Assalamualaikum...


itu menara TM.
view dr opis.
hihi..

21 October 2011

Assalamualaikum...







Ini antara gambar waktu Haluan Siswa batch 2006.
Begitu hingusan lg ketika ini.
Saya rindukan UM.

Sekian, terima kasih. =)

18 October 2011

Assalamualaikum...

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
Assalamualaikum...


kadang-kadang layan comment ngan adik2 kat fb ni lebih menghiburkan drpd carik boyfriend.

Sekian, terima kasih.

17 October 2011

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak orang cakap 'duit bukan lah segala-galanye' or dlm bahase omputeh nyer boleh disebut sebagai 'money can't buy us happiness'. But... better kan nanges dalam BMW dari nanges dalam bas.. hoho.. tapi kalau bus tu da brand Mercedes, ko nak cakap mcm mane?

Pernah dengar pasal hakikat? semalam aku pergi seminar dekat BTS. salah sorang speaker tu cakap, 'hakikat tu adelah terlalu pahit tuk ditelan' tapi nak tak nak kite harus jugak telan, mcm mane kite harus telan masakan gf kite yg sebenarnyer tak sedap tp demi nak jage hati, kite harus jugak telan.

Manusia ini pelik? bukan kah itu benar? selalu tidak puas dengan ape yg mereka perolehi. Mungkin terlalu banyak sebab musabab yg harus dinilai bg mendapatkan jawapan pasti mengapa mereka tidak puas. Kadang2 mereka tidak puas, kerana mereka rasekan yg mereka mampu buat sesuatu itu dengan lebih baek. Tapi pasti ade segelintir org di sekeliling mengecop org2 sebegini sebagai org2 yg tidak bersyukur. Segalanyer bergantung kepada kemampuan atau dengan ayat yg lebih redha 'rezeki masing2 lah bro'. Jelas di sini menampakkan, setiap individu itu mempunyai pandangan yg berbeza2. Negative thinker, mereka akan mencari kesusahan dalam setiap peluang yg ade. Positive thinker pula, mereka akan berusaha mencari kebaikan dalam setiap peluang yg mereka dapat.

p/s: manusia terbahagi kepada 3. Pertama, org yg berfikir, ari ini adelah lebih baek dr semalam. Kedua, org yg berfikir ari ini adelah same dengan hari semalam, dan ketiga adelah org yg celaka, yg berfikir ari ini adelah lagi buruk dr hari semalam.

Mengapakah salwa begitu matang dlm entry kali ini? Owh~~ sebab semalam baru pegi seminar. Huhu... Peace!!

Sekian, terima kasih.

14 October 2011

Assalamualaikum...

Kisah Cinta Facebook.


Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku)


Wakaka! Just for fun yeah!

Credit untuk Encik Mimpi =)

13 October 2011

Assalamualaikum...

Hari khamis adelah hari yg indah untuk berehat + besantai santan

Pagi-pagi bukak email then dpt msg dekat bawah ni...


"ke manakah awk pg"

eceh.. terase mcm org penting plak, baru bape ari senyap.. dah ade org tanyer mcm tu.. btw, terima kasih kerana concern dengan ketiadaan sy sejak 2 menjak ni.. hehe.. (poyo lebeyh ni)

hidup skang ni, keje + keje + keje + keje, ulang alik putrajaya + cyberjaya, dah macam pompuan koperat rasenyer. owh tidak!! keparat adelah mungkin.. hoho! mari lawat opis baru yg dah siap renovate...

ini meja sebelum dikemas. kerusi baru kot tuh, siap berplastik bagai. kau ade? (belagak jap kerusi baru)

ini mungkin kelihatan lebih 'pejabat' rasenyer. view tingkap belakang betul2 hadap menara TM. 'nice'nyer view..... caye cuke caye cuke!!! (bweekkkk)

konon bekerja la sgt nih? aku pekerja yg bededikasi kot.. kan? kan? kan?

mari lihat pula keadaan bilik ketika ini..

okay.. rasenyer perlukan sedikit sentuhan ajaib. sape ade sentuhan ajaib? pinjam tangan sat!

kesimpulannyer, hari ini adelah hari khamis, hari cuti, dan sy harus tido, makan, dan kemas rumah kalau rajin.. okay, bye!

sekian, terima kasih.

03 October 2011

Assalamualaikum...

Update blog dengan rushing sekali..










Tempat: Flamming Steamboat, Setapak
Baeklah, gtg!

Terima kasih dan Salam.. =)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers