Subscribe:

09 November 2011

Assalamualaikum...


Muhammad Adani Nadhif Mohd Adnan

Along rindu adik.
Assalamualaikum...

Akak suke spongebob squarepant.
Akak suke makan ayam goreng.
Akak akak akak akak~~~
Just nak bagitau je.
Pagi tadi.
Jem teruk.
Dekat NPE.
Hihi..

Kau normal x pompuan?

wallpaper harus nak gedik je kan?
owh my laptop~~ come to akak~~ come to akak~~

Kau gune desktop ke laptop?
Hihi.. dulu waktu akak beli laptop ni (HP Compaq Presario V3000), tahun 2006 harge nyer hampir 4K. Itu sekali da siap tambah RAM jd 1GB la (waktu tu 1GB da kire gagah dowh! - kononyer) OS just XP Pro je. Waktu tu Vista tengah dlm kandungan (xde lagik). Processor plak gune pakai Intel Core Duo. HD 80GB, buat 3 partitions (20/30/30). Tak de wc tp paling awesome ade Gigi Biru (Bluetooth) hehe..

Tapi skang, HD tu da tukar jd 240GB. Buat 4 partitions (60/60/60/60). Cekonon byk nak simpan maklumat la, walhal 2 partitions buat simpan movie je. Hehe.. =P

Alhamdulillah.. walaupun da banyak kali format sebab virus yg merebak seumpamanya sales hujung tahun (xde kaitan sebenarnye), tapi laptop ni masih tetap tabah bersama akak. ecececeh~~

Start up Menu
wallpaper skang lebih kekeluargaan ye adik-adik~~

Skang ni, akak tengok dekat Lowyat. Laptop mcm ni, 2K pun da dpat. Siap HD boleh beratus2 GB lagik. WC pun mesti mau ade. Betuah budak2 zaman skang. Agak sedikit tergugat di situ ye adik2~~

Arghhhh!! tak heran tu sume. Yang penting, laptop akak da banyak berjasa (eceh~ touching)

Waktu study dulu, laptop ni la yg akak install MS Visual Studio tuk run C++, install NetBean tuk run Java, install VB tuk wat esemen DB, install Packet Tracer tuk wat esemen Network (arghhh!! akak benci network!) dan yg paling penting install XAMPP tuk buat Tesis!

Hihi~~ =)

p/s: hari ni lunch makan sayur bayam~~ warghh!! enak! sejak bile akak suke sayuran? cieh! berpure-pure!

08 November 2011

Assalamualaikum...

"Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan di hatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Apabila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan" - La Tahzan (m/s:107)

Korang tau buku motivasi La Tahzan? Korang jgn tipu ek tak tau buku ni. Buku ni Best Saller kot. La Tahzan bermaksud Jangan Bersedih atau bile di convert kan dlm omputeh Don't be Sad.

Dulu mane aku pergi, pasti buku ni ade je dengan aku. Dalam beg mesti ade buku ni. Hatta kalau tido pun, buku ni pasti melekat sebelah bantal aku.

Tapi skang, buku ni aku tinggal kan je kat umah. Konon da jadi tabah la sangat. Cieh~! Kau masih lemah Salwa.

07 November 2011

Assalamualaikum...

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara
Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit
Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api
Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu?
Bilamana kau juga seorang manusia.

06 November 2011

Assalamualaikum...

Kau ade kesihatan, tapi kau tak de duit.
Kau ade duit, tapi kau tak de kesihatan.

Jarang sekali kita akan perolehi kedua2 anugerah itu serentak. Jadi bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Tapi, selagi ada peluang untuk terus berjaya. Kita harus menggunakan peluang itu sebaik yang mungkin. =)


Begitu la hidup, kadang kat atas kadang kat bawah. Kadang kau plan "lebat" sgt, tp semuenyer tak serupa bikin. Tapi, harus ingat! segali kau jatuh, bukan maksudnyer kau terus rebah (eceh ayat membara jiwa kate ko~).

Itu yg dulu aku alami, 2 3 bulan lepas. Hidup yg down! down sgt! Kalau dekat Mid Valley tu tingakt paling bawah tu adelah LG, eh! aku ni lagi down la dr LG tuh.. begitulah hakikat yg harus aku telan dulu (ayat membara lagi kononnyer) hihi...

Tapi sekarang, alhamdulillah.. semuanya semakin pulih. Bak kate omputeh, so much for my happy ending. hihi.. (betul ke aku gunekan ayat tuh?)

Hehe.. kau ignoe kan ayat yang lepas =) tu. Itu xde kaitan dengan penulisan hari ni.

2 3 bulan lepas, aku da mcm org hilang arah. Hilang arah aku tu ibarat setitik peluh petani! eh.. bukan2.. ibaratnyer kau masuk dewan kuliah, tetibe lecturer ckap "okay class, today i'll give pop quiz". Hah! Gagau tak gagau la kau gelabah nak tiru kawan. Hihi... Kembali kepada realiti, sesungguhnya pengalaman itu menjadikan kita semakin dewasa. Fikiran kau akan lebih terbuka untuk menerima pelbagai situasi ralat. Secara tak langsung, tahap kesabaran kau jugak pasti akan teruji.



Ingat! Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambanya yang bersabar. Susah ke senang ke, itu semua ujian. Tapi kau akan lebih beruntung bila Allah berikan kau kesusahan kerana sifat semula jadi manusia, kalau da mula dengan senang pasti kau akan lupa siapa pencipta kau, dan pasti kau akan mengeluh bila kelak ditakdirkan kau berjumpa yang susah.



Aku selalu ingat pesan abah "Allah takkan menguji hamba-hambaNya melampaui ape kudrat hambaNya itu". Dan kate2 ini yang mampu buat aku terus bangkit dan keluar dr kepompong gelap. (eceh kau nak ayat hiperbola je)

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hati yg kuat ini.

p/s: Next week nak pergi Perak, kenduri kawen Ira & Abg Epul. Tak sabar! Moga semuanye berjalan dengan lancar. Aminnn... =)

05 November 2011

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA AWAK!

Makan daging tu beringat-ingat ye.

Hihi... =D

p/s: kepenatan seharian layan trafik jem atas jalan. syukur selamat tiba. Alhamdulillah. =)

03 November 2011

Assalamualaikum...

Hihi.. got excited when one of my best buddies gave a compliment~~ eceh.. betul ke grammar aku ni.. maen ikot sedap kaki aje taip.. hihi.. btw, thanks dear, for reading my blog.. u noe me well. No turn back. InsyaAllah.

p/s: sharing is caring rite? my pleasure syg! hihi... =)
Assalamualaikum...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

p/s: copy paste dr FB sekadar berkongsi dengan rakan2.. hihi... =)
Assalamualaikum...

Siyesly aku baru join Google+ ni 2 minggu lepas, tu pun sebab Kiwan yg invite. Ape jad's nyer Google+ ini ye rakan2? Siyesly i've no idea bout this. But aku bley simpulkan Google+ ni ibarat mcm fb jugak la~

I didn't noe since when mende alah ni ade kat muke bumi. Tapi yg aku tau, aku baru je join. Sbb last few months aku ade tengok housemate aku Nunu isi2 'circle' tu. Ape itu circle? hehe~~ erm.. nak tau lebey lanjut, sile join Google+ hehe.. aku pun x habis explore lagik.. hihi.. =D

p/s: kau selalukan ketinggalan Salwa? ishk!
Assalamualaikum...

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu
Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

P/S: i dont wanna be a looser, but "aku lebih tahu".
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers