Subscribe:

30 October 2011

Food Poisoning

Assalamualaikum...

Hehe.. N9 menang Piala Malaysia.
Malam td, lepas function kat Maluri Hotel sempat tgok separuh je kat Pelita Bangsar (jauh tu Maluri ke Bangsar). Ciet! terlepas aku! Nak wat mcm mane, komited dengan bisnes la kononnyer.

Well, itu cumelah selingan saje. Bukan nak cite pasal Piala Malaysia ataupun EPL yg Chelsea kalah 3-5 dengan Arsenal dan kau rase gelabah nak gigit2 rumput kat padang bola~~ (maaf tindakan emosi yg refleks). Aku di sini kali ini adelah ingin menceritekan saat2 aku diserang food poisoning 2 minggu lepas. (gile! baru skang nak cite ke?) yes! cerite ini sudah basi sbnrnyer.

Cube hayati catitan di bawah ini:-

Tanggal 19 Oktober 2011, ade lah hari jadi 1 of my best housemate.. Nur Sabrina Jasman (hihi.. name penuh kau aku letak). So, kami telah meng-celebrate besday beliau di HR Steak House Kg. Baru. Sememangnyer Lamb Chop merupakan kegemaran aku sehingga kan aku telah memesan Lamb Chop Combo + Air Tembikai yg sgt enak.

Apekah perbezaan Lamb Chop Combo dengan Lamb Chop biase? xde byk beza pun.. Kalo dekat HR ni, Combo tu die just plus dengan udang je. Lazat~ mmg sgt lazat.. kalau ikotkan hawa nafsu yg garang ini, nak je order 2 ke 3 lagi tapau bawak balik.

Okay.. STOP di situ cerita pasal Lamb Chop. Aku pun dah kembang2 tekak da bile mengenangkan Lamb Chop mlm itu. Sesudah siap meng-celebrate besday Sabrina lebih kurang jam 11 mlm. Aku telah pergi berdate~~ eceh~~ bukan berdate sgt sebenarnyer.. tp pergi menolong Kiwan membuat assignment database beliau yg perlu dihantar pd ke-esokkan harinyer. Inilah padahnyer wat keje last2 minit. Aku yg da 3 tahun meninggalkan Microsoft Access tak pasal kene bukak balik kitab lame. Interface MS Office sekarang berlainan benar dengan time aku belajar dulu. Interface semakin canggih, tp semakin pening nak operate setiap function yg wujud. Memandangkan kami membuat kerja di Restoran Mamak Kg Pandan dengan tag line nyer "Kari Kepala Ikan Yang Terkenal", kami masing2 telah memesan Nescafe Ais. Kononnyer tak nak bg ngantok la tuh minum nescafe.

Yess!! Itu memang terbaek. Lepas da "ngap" daging, kau minum air bersusu. Dan kau akan rs 1 perasaan high seperti rase nak terjun dr bagunan tinggi. Dan perasaan itu, adelah perasaan high pening nak muntah. Sehingga jam 4.30pg kami cube menyiapkan esemen berkenaan. Dan sepanjang itu jugalah aku menahan rs nak muntah. Kiwan menjadi sweet kerana telah memberikan minyak angin sambil berkate "asalkan kerja ni siap!" ciet~~ rasuah dengan minyak angin, hilang sweet kau! hehe =P

Esoknyer, sedar pg je terus muntah! Sempat masuk bilik mandi, tp ade tecicir skit muntah dekat alas kaki~~ (aku da basuh ye alas kaki tu) heeee.. =D Berikut perbualan rakan2 serumah yg sgt2 baek dan mengambil berat pasal aku.. time kaseh kawan2~~ sgt terharu~~ =)

Ntah bape kali aku keluar masuk bilik air. Seharian takot nak makan, sbb asal makan muntah balik.. makan je muntah.. Siyesly, kalo nak dibandingkan cirit-birit dengan muntah2, aku lebih prefer cirit-birit walaupun sedikit busuk~~ (da tu? muntah wangi sgt lah?) tp lebih normal bukan apabila mengeluarkan sisa2 dr dubur drpd menekan saluran esophagus kite untuk meluak-kan semula makanan yg sudah separuh hadam.

Ironinyer dr cerite aku td.. (sebenarnyer ape itu ironi? maen sebut je) kite tak boleh nak campurkan makanan laut dengan makanan darat. Dan lagi, kite tak boleh nak campurkan daging dengan susu. (penah dengar tak adab makan campur2 ni?) Mlm tu pulak aku senang lenang je campurkan makanan darat (lamb) dengan makanan laut (udang) plus lg dengan susu (nescafe ais). So x bleh nak salah kan sape2 la kan dlm hal ni. Aku la yg makan ikot hawa nafsu kambing mlm tu. Tapi siyesly, aku smpi sekarang masih fobia mendengar name "Lamb Chop", aku masih terbayang2 yg Lamb Chop tu menari2 di depan aku sambil berkata "Hai Salwa~~ Marila makan aku~ Marilah~ Aku ini Lazat". Owh! Shut u Lamb Chop! (Tak pasal kan Lamb Chop menjadi mangsa).

Lepas dr tu, 2 3 ari jugak aku takot nak makan makanan berat, kurus skit.. hehe (perasan). Tapi, skang ni da lebih berjage2 jugak bile nak makan. Harusla kan berjaga2. Makanan yg yg kite tgok bersih tu, x semestinyer bersih. Jadi harus la berhati2.. =)

p/s: Korang tgok katon Donald Duck x? Donald Duck x pakai suar kan. Tapi nape lepas mandi die letak towel dekat pinggang? errr... kau mampu jawab? sila~ sila~ (ini buka teka-teki).

0 orang tak puas hati!:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers