Subscribe:

06 November 2011

Kau pernah rase down?

Assalamualaikum...

Kau ade kesihatan, tapi kau tak de duit.
Kau ade duit, tapi kau tak de kesihatan.

Jarang sekali kita akan perolehi kedua2 anugerah itu serentak. Jadi bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Tapi, selagi ada peluang untuk terus berjaya. Kita harus menggunakan peluang itu sebaik yang mungkin. =)


Begitu la hidup, kadang kat atas kadang kat bawah. Kadang kau plan "lebat" sgt, tp semuenyer tak serupa bikin. Tapi, harus ingat! segali kau jatuh, bukan maksudnyer kau terus rebah (eceh ayat membara jiwa kate ko~).

Itu yg dulu aku alami, 2 3 bulan lepas. Hidup yg down! down sgt! Kalau dekat Mid Valley tu tingakt paling bawah tu adelah LG, eh! aku ni lagi down la dr LG tuh.. begitulah hakikat yg harus aku telan dulu (ayat membara lagi kononnyer) hihi...

Tapi sekarang, alhamdulillah.. semuanya semakin pulih. Bak kate omputeh, so much for my happy ending. hihi.. (betul ke aku gunekan ayat tuh?)

Hehe.. kau ignoe kan ayat yang lepas =) tu. Itu xde kaitan dengan penulisan hari ni.

2 3 bulan lepas, aku da mcm org hilang arah. Hilang arah aku tu ibarat setitik peluh petani! eh.. bukan2.. ibaratnyer kau masuk dewan kuliah, tetibe lecturer ckap "okay class, today i'll give pop quiz". Hah! Gagau tak gagau la kau gelabah nak tiru kawan. Hihi... Kembali kepada realiti, sesungguhnya pengalaman itu menjadikan kita semakin dewasa. Fikiran kau akan lebih terbuka untuk menerima pelbagai situasi ralat. Secara tak langsung, tahap kesabaran kau jugak pasti akan teruji.



Ingat! Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambanya yang bersabar. Susah ke senang ke, itu semua ujian. Tapi kau akan lebih beruntung bila Allah berikan kau kesusahan kerana sifat semula jadi manusia, kalau da mula dengan senang pasti kau akan lupa siapa pencipta kau, dan pasti kau akan mengeluh bila kelak ditakdirkan kau berjumpa yang susah.



Aku selalu ingat pesan abah "Allah takkan menguji hamba-hambaNya melampaui ape kudrat hambaNya itu". Dan kate2 ini yang mampu buat aku terus bangkit dan keluar dr kepompong gelap. (eceh kau nak ayat hiperbola je)

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hati yg kuat ini.

p/s: Next week nak pergi Perak, kenduri kawen Ira & Abg Epul. Tak sabar! Moga semuanye berjalan dengan lancar. Aminnn... =)

0 orang tak puas hati!:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers